Wednesday, March 24, 2010

KEMAHIRAN KEPIMPINAN

Pengetahuan mengenai teknik dan kemahiran kepimpinan amat penting dalam menentukan pimpinan organisasi ialah kepimpinan yang berkesan. Oleh yang demikian untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan kemahiran-kemahiran berikut perlu ada kepada seseor¬ang pemimpin.

Antara kemahiran yang perlu bagi seseorang pemimpin ialah Kemahiran Pengurusan ataupun Pentadbiran. Robert L Katz menyenaraikan tiga aspek penting dalam kemahiran yang perlu dimahiri oleh se¬seorang pemimpin iaitu Kemahiran Konsep, Kemahiran Teknik dan Kemahiran Manusia.

Kemahiran Konsep.

Kemahiran konsep ialah kemahiran pengala¬man dan boleh menentukan keberkesanan kepimpinan. Dalam kemahiran ini seseorang pemimpin akan mempunyai kebolehan mental untuk menyelaras dan menyatukan kepentingan dan aktiviti organisasi. Ia akan menentukan bagaimana bahagian-bahagian dalam sesuatu organisasi saling bergantungan antara satu sama lain. Hal ini penting kerana pengetahuan ini akan membantu seseorang pemimpin mengawal dan menyelia serta dapat bertindak dengan pantas untuk mencari penyelesaian jika terdapat sesuatu perkara yang perlu diambil tindakan segera. Hal ini dapat menyelamatkan organisasinya daripada terancam dan dapat melihat kekesanan sesuatu faktor yang boleh menjejaskan faktor lain dalam organisasi.


Kemahiran Teknik.

Dalam kemahiran ini seseorang pemimpin akan dapat memimpin sesua¬tu organisasi dengan lebih cemerlang jika mempunyai pengetahuan berkenaan dengan teknik atau cara mengendalikan sesuatu lapangan pentadbiran. Sebagai contohnya, seseorang pempimpin dalam bidang pendidikan perlu mengetahui akan teknik dan kaedah pengajaran, psikologi pelajar serta persekitaran yang mempunyai hubungkait dengan pendidikan, pelajar dan guru. Tanpa kemahiran ini kepimpi¬nan yang ditonjolkan tidak akan dapat dijalankan dengan berkesan.

Kemahiran Manusia.
Pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran manusia atau pengeta¬huan mengenai hubungan manusia boleh memberikan kelebihan kepada seseorang pemimpin. Kelebihan ini akan dapat membantu pemimpin menentukan pembentukan pengaruh dan mengenakan kuasa ke atas pengikut dengan lebih berkesan dan berdiplomasi. Kemahiran ini juga akan membolehkan pemimpin memberikan dorongan serta memahami kehendak pengikut untuk bekerja dalam satu kumpulan. Selain itu, ia juga membolehkan pemimpin dapat diterima oleh pengikut dalam sesuatu organisasi. Hal ini akan memudahkan mereka untuk mengurus dan memimpin organiasi. Sehubungan dengan itu, kemahiran ini lebih memberikan manfaat jika para pemimpin mempunyai gaya kepim¬pinan yang baik. Begitu juga melalui kemahiran ini pemimpin boleh memanipulasi manusia untuk memimpin organisasi dengan baik. Hal ini kerana manipulasi ialah satu unsure pengaruh yang amat penting dalam organisasi. Kemahiran ini juga memerlukan penguasaan dalam aspek Teori Motivasi seperti Teori Motivasi Maslow, Porter, dan Herberg.

How stress affects your body

By Mayo Clinic staff

After you've fought, fled or otherwise escaped your stressful situation, the levels of cortisol and adrenaline in your bloodstream decline. As a result, your heart rate and blood pressure return to normal and your digestion and metabolism resume a regular pace. But if stressful situations pile up one after another, your body has no chance to recover. This long-term activation of the stress-response system can disrupt almost all your body's processes, increasing your risk of obesity, insomnia, digestive complaints, heart disease and depression.
Digestive system. It's common to have a stomachache or diarrhea when you're stressed. This happens because stress hormones slow the release of stomach acid and the emptying of the stomach. The same hormones also stimulate the colon, which speeds the passage of its contents. Chronic stress can also lead to continuously high levels of cortisol. This hormone can increase appetite and cause weight gain.
Immune system. Chronic stress tends to dampen your immune system, making you more susceptible to colds and other infections. Typically, your immune system responds to infection by releasing several substances that cause inflammation. In response, the adrenal glands produce cortisol, which switches off the immune and inflammatory responses once the infection is cleared. However, prolonged stress keeps your cortisol levels continuously elevated, so your immune system remains suppressed.
In some cases, stress can have the opposite effect, making your immune system overactive. The result is an increased risk of autoimmune diseases, in which your immune system attacks your body's own cells. Stress can also worsen the symptoms of autoimmune diseases. For example, stress is one of the triggers for the sporadic flare-ups of symptoms in lupus.
Nervous system. If your fight-or-flight response never shuts off, stress hormones produce persistent feelings of anxiety, helplessness and impending doom. Oversensitivity to stress has been linked with severe depression, possibly because depressed people have a harder time adapting to the negative effects of cortisol. The byproducts of cortisol act as sedatives, which contribute to the overall feeling of depression. Excessive amounts of cortisol can cause sleep disturbances, loss of sex drive and loss of appetite.
Cardiovascular system. High levels of cortisol can also raise your heart rate and increase your blood pressure and blood lipid (cholesterol and triglyceride) levels. These are risk factors for both heart attacks and strokes. Cortisol levels also appear to play a role in the accumulation of abdominal fat, which gives some people an "apple" shape. People with apple body shapes have a higher risk of heart disease and diabetes than do people with "pear" body shapes, where weight is more concentrated in the hips.
Other systems. Stress worsens many skin conditions — such as psoriasis, eczema, hives and acne — and can be a trigger for asthma attacks.

PENJAJAHAN BARAT

FAKTOR IMPERIALISME BARAT

1. Beban Orang Putih
a. Tanggungjawab untuk membentuk ketamadunan barat di Timur
b. Ingin menyerap teknologi, budaya dan agama Kristian.
2. Revolusi Industri
a. Keperluan bahan Mentah untuk Industri
b. Lambakan Baragan untukjualan.
3. Kekayaan Bahan Mentah
a. Beras/Padi
b. Kayu Jati
c. Getah
d. Bijih Timah
e. Rempah Ratus
4. Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
a. Terusan Suez memendekkan perjalanan.
b. Teknologi kapal wap percepatkan perjalanan, tidak perlu menunggu angina monsun
c. Telegraph – alat komunikasi
d. Jalan keretapi dan jalan raya – permudahkan membawa keluar bahan mentah.
e. Pelabuhan yang strategic seperti Singapura, Hong Kong, Bombay, Bangkok, Macau.
5. Persaingan Kuasa
a. Persaingan mendapatkan kawasan antara penjajah seperti British, Belanda, Amerika, German, Russia, Itali., Portugis, dan Sepanyol
6. Keduduukan Yang Strategik
a. Di tengah perjalanan Timur dan Barat
b. Antara Eropah dan Timur Jauh
7. Pasaran Baru Barangan Industri Eropah
a. Tempat jualan barangan Industri terutama di China, India, dan Asia Tenggara.
b. Sebab penduduk yang ramai

KAEDAH MENJAWAP SOALAN SEJARAH DUA STPM

Unsur-unsur yang perlu ada bagi menjawap persoalan yang menyentuh aspek perkembangan atau kemelesetan sektor pertanian, perubahan sistem ekonomi, dan perkembangan pengaruh.

Sektor pertanian. Unsur yang perlu ada ialah:

1. Geografi – kedudukan negara, kesuburan tanah, keadaan cuaca, dan pengairan.
2. Teknologi pertanian – alat yang digunakan, penyelidikan, penemuan kegunaan baharu.
3. Sistem pemilikan tanah atau reformasi tanah.
4. Buruh dan upah - imigran
5. Perubahan sistem ekonomi – sara diri ke komersial
6. Adat dan kepercayaan harian.
7. Kemelesetan atau perkembangan ekonomi dunia.

Perubahan sistem ekonomi : maksudnya merangkmi perubahan sistem sara diri ke komersial, tutup pintu ke buka pintu atau dasar-dasar ekonomi seperti tanaman paksa ke liberal – etika. Unsur yang perlu ada ialah:

1. Penindasan terhadap masyarakat pribumi
2. Bantahan politik – perubahan pemikiran politik
3. Persaingan ekonomi antara penjajah.
4. Kegagalan persaingan ekonomi pribumi dan penjajah atau imigran
5. Masalah kewangan
6. Kehilangan sumber ekonomi tradisi seperti perdagangan pesisiran pantai di Indonesia.
7. Cubaan meletakkan pembangunan ekonomi kepada masyarakat kaya pribumi.
8. Peralihan meletakkan perkembangan pertanian kepada petani.
9. Reformasi tanah atau perubahan sistem pemilikan tanah.
10. Kewujudan teknologi baharu.
11. Pendidikan
12. Pemodal
13. Prasarana
14. Revolusi ekonomi

Perkembangan pengaruh. Unsur yang perlu ada ialah:

1. Berlakunya peperangan
2. Perjanjian
3. Penyerapan ideologi atau pemikiran politik
4. Perdagangan/ekonomi
5. Penyerapan teknologi
6. Penyebaran agama
7. Penyerapan budaya dan peradaban

KAEDAH MENJAWAP SOALAN SEJARAH DUA STPM

Unsur-unsur yang diperlukan dalam merangka jawapan, terutama yang melibatkan persoalan politik, ekonomi, sosial dan budaya.

Aspek Politik: Unsur yang perlu ada ialah:

1. Kuasa dan kekuasaan
2. Sistem perundangan
3. Sistem pelantikan pembesar
4. Peranan pembesar
5. Persempadanan politik
6. Sistem pemerintahan dan pentadbiran
7. Ideologi pemerintahan @ pemikiran politik
8. Strategi pertahanan @ ketenteraan


Aspek ekonomi: Unsur yang perlu ada ialah:

1. Cukai dan pencukaian
2. Sistem wang @ perbankan
3. Sistem ekonomi – pemikiran ekonomi
4. Bahan mentah
5. Teknologi - alat yang digunakan, penyelidikan, penemuan kegunaan baharu
6. Pasaran
7. Revolusi ekonomi – Industri, Pertanian
8. Permintaan dan penawaran
9. Keuntungan
10. Sistem pemilikan tanah atau reformasi tanah
11. Pemodal
12. Pembahagian kekayaan ekonomi
13. Geografi – Kedudukan negara, tanah, cuaca, dan pengairan.
14. Buruh dan upah ada kaitan dengan imigran.
15. Perkembangan atau kemelesetan ekonomi dunia.

Aspek sosial : Unsur yang perlu ada ialah :

1. Kesihatan
2. Pendidikan
3. Prasarana – Perhubungan dan pengangkutan
4. Hubungan masyarakat @ kemajmukan
5. Imigran
6. Susun lapis masyarakat
7. Demografi atau taburan kependudukan
8. Urbanisasi
9. Taraf hidup

Aspek budaya: Unsur yang perlu ada ialah:

1. Bahasa
2. Adat kehidupan masyarakat
3. Agama dan kepercayaan.
4. Peradaban dan kemajuan pemikiran.

Saturday, March 20, 2010

PENDEKATAN DRAMATURGICAL DALAM PENDIDKAN

Pendekatan Dramaturgical dalampendidikan dapat dilihat melalui unsur-unsur berikut:

1. Nonverbal – gerak isyarat bahasa badan, mimik muka, simbol perwatakan
• 55% of the communication consists of body language,

2. Verbal – nada suara – tinggi, rendah, nyaring, sedih ( merujuk face to face encounter )
• 38% is expressed through tone of voice and only
• 7% is communicated through words.

3. Perwatakan secara rasmi dan tidak rasmi dalam menjalankan tugas, cara berpakaian, tutur kata dan kesopanan.

4. Nilai dan norma yang dipegang di dalam dan di luar konteks atau pemsepadanan tugas. Perkaitan dengan unsur divides region into "front," "back," and "outside" the stage. Adakah tugas yang dijalankan itu di hadapan, belakang atau tepi suasana interaksi. Rasmi, tidak rasmi, sosial konteks, lingkungan kumpulan, jantina, tema/tajuk,berunsurkan kuasa dan politik dsbnya.

5. Kerangka tugas dan permasalahan – dalam linkungan natural frame, idelogical frame, struktural frame atau transactional frame. Kerangka – membawa watak yang berlainan.

6. Penglihatan pertama – first impression – mencetuskan pemikiran dan watak yang berbeza. Penglihatan tanpa mengkaji skrip pelakuan manusia. – mencetuskan makna dan persepsi dalam hubungan.

7. Jika berskrip mencetuskan makna dan persepsi yang berbeza.

8. Makna dan persepsi yang positif atau negative bergantung kepada siapakah pelakon dan penontonnya dalam hubungan dan interaksi harian.

KEPENTINGAN BAHASA ISYARAT

1. Lora Heller bahasa isyarat mengungkapkan bahwa ia boleh membantu seseorang memahami orang yang berbual dengan kita.

o course we are talking about something when we talk to other people. We want to make something clear to the other person about a particular subject. This is the content of the conversation. At content level we say, or portray, what the message is about. It is usually the easiest to convey the content of a message through spoken language or commonly understood gestures

o At relational level we express how we relate to the receiver of the message and what the message means. For expressing feelings and relations, the afore mentioned digital language is quite inadequate.

o we use meta communication through body language the whole day through and it is usually more effective as well - an angry look, a dismissal with the hand, a smile or a friendly pinch can often express more than a difficult evaluation conversation.

o Body language is an easier way of expressing feelings than spoken language. For example you do not say to someone easily that you do not like him or her, but through body language you can show them clearly.
o
2. Meningkatkan kemampuan berbahasa pada anak dengan gangguan pendengaran atau anak yang pendengarannya normal.

o The fact that body language is granted such a high reliability value might be due to the fact that a lot of non-verbal behaviour is hereditary or is taught to everyone in the same way at a very young age. It is ingrained so to speak. This means "that people's brains are programmed in such a way that the corners of the mouth are pulled up with joy, that the eyebrows are pulled up and that a corner of the mouth goes up according to the feeling that is fed to the brain."

3. Membangun rasa percaya dan meningkatkan interaksi. Dengan mengerti apa yang dikomunikasikan, masyarakat akan menjadi lebih mengetahui keinginan yang diinginkan oleh anggota masyarakat yang lain.

4. Mengurangkan rasa kecewa. Walaupun berkomunikasi dengan isyarat kerana kehendak dan matlamat yang ingin disampaikan dapat disalurkan melalui kunikasi berisyarat dalam pelbagai bentuk dan cara.

5. Meningkatkan rasa percaya diri. Dengan mengetahui bahwa apa yang dikatakannya dimengerti. Selain itu anak akan lebih berani berkomunikasi dengan orang yang di sekitarnya.

6. Bahasa isyarat ternyata dapat merangsang kemampuan perkembangan bicara, bahasa dan kecerdasan pada masa akan datang.

7. Belajar membaca bahasa badan membantu seseorang untuk membaca gerak-geri dan memahami seseorang itu luar dan dalam.

8. Aspek Komunikasi:

o Mendorong berkomunikasi lebih awal. Sebenarnya bayi usia muda, dengan kemampuan pergerakan koordinasi mulut yang belum sempurna, mempunyai keterbatasan dalam berbahasa. Meskipun terdapat beberapa parameter kemampuan bahasa yang dapat dinilai dengan bunyi-bunyian yang keluar dari mulut atau mimic muka dan posisi tubuh bayi. Dengan keterbatasanya tersebut tampaknya bahasa isyarat dapat digunakan untuk alternatif dalam berkomunikasi.

o Bahasa isyarat berguna sebagai upaya untuk meminimakan masalah komunikasi, yang terjadi karana adanya keterbatasan kemampuan bahasa dan penguasaan bahasa dan budaya. Dengan pengetahuan mengenai bahasa badan ia boleh melancarkan perjalanan komunikasi. Dan dengan bahasa badan ia membantu seseorang itu berkomunikasi dengan lebih efektif. Seterusnya ia dapat mengenali mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang. Contoh:

Berpeluk tubuh : boleh jadi negatif, tidak selesa,bosan.
=>Berpalang kaki : boleh jadi negatif, tidak selesa.
=>Mengalih kaki : Tension, stress.
=>Memulas tangan-tangan : Kekecewaan,tidak berpuas hati, tidak selesa
=>Tangan di belakang kepala :Amat yakin. Boleh dibanggakan.
=>Bersandar ke belakang : Boleh jadi negatif.
=>Duduk ke hadapan : Menunjukkan minat.
=> Menggigit jari : Penipuan, menahan.
=> Menaikkan kening:Kehairanan. Terkejut. Kejutan. Disertai dengan satu anggukan,adalah sapaan.
=>Tersenyum dengan satu kening dinaikkan: tidak percaya.
=> Ambivalen dengan satu kening menaikkan:Terkejut. Ketidakpercayaan. angkuh.
=>Mengalihkan kaki atau lutut ke arah orang yang lain mungkin menunjukkan minat kepada orang tersebut ataupun penerimaan.
=>Mengalihkan badan dari arah orang yang sedang bercakap mungkin bermakna anda tidak minat berbual dengan orang itu tetapi lebih minat berbual dengan orang yang badan anda berhadap

Friday, January 22, 2010

Gelagat Organisasi

Konflik dan Organisasi

Definisi:
Perkataan konflik berasal daripada perkataan Latin confligere yang bermaksud to strike together. Dalam hal ini ia lebih melibatkan aspek-aspek fizikal daripada aspek moral. Dalam memperkatakan konflik ia boleh didefinisikan seperti yang berikut:
1. Konflik merupakan satu usaha campur tangan oleh satu entiti ke atas entiti lain dalam aspek pencapaian matlamat, aktiviti, dan tugasan dalam sudut pandangan entiti tersebut ( Klein dan Ritti, 1984 ).
2. Konflik merupakan satu keadaan ketidakseimbangan dalam pergerakan, sentimen, tujuan, kehendak entiti, dan cara-cara proses menyelesaikan masalah dan ketidakseimbangan tersebut ( Wright, 1990 ).
3. Satu usaha yang aktif oleh seseorang untuk mendapatkan sesuatu yang menjadi matlamat dan jika disanggah atau dihalang oleh orang lain ia menyababkan permusuhan ( Owens, 1995 ) .
4. Satu usaha yang memang dilakukan oleh satu pihak untuk menghalang pihak yang lain untuk mencapai kejayaan dan matlamat mereka dengan cara menghalang pihak tersebut daripada mendapatkan kemudahan ( Robbins, 1983 ).
5. Proses pertentangan persetujuan antara dua atau lebih pihak dalam organisasi yang terpaksa berkongsi bahan asas organisasi yang terhad di mana kedudukan mereka tidak sama ( Stoner, 1982 ).
6. Ketidakmampuan dua pihak dalam mencapai kejayaan bersama dan dilakukan dengan cara mengahalang antara satu sama lain ( Steers et.al, 1985 ).
7. Konflik ialah sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku dan akan hilang apabila wujudnya keadaan yang menyebelahi sesetengah pihak ( Morgan, 1997 )
Dalam aspek ini ia melibatkan keadaan, sikap, tanggapan dan tingkah laku manusia. Aspek situasi menekankan pada perbezaan pencapaian matlamat dan aktiviti yang dijalankan oleh setiap entiti. Selain itu, ia juga melibatkan perebutan sumber yang terhad dalam organisasi bagi menjalankan aktiviti eniiti tersebut. Sikap dan tanggapan pula lebih menjurus perbezaan pandangan dan pendapat setiap entiti dalam menjalankan tugas. Dalam hal ini sikap takut, bimbang, kecewa, dan lain-lain sikap negatif menguasai setiap entiti kerana ini melibatkan pencapaian dan kejayaan matlamat kumpulan. Tingkah laku pula mencerminkan konflik itu sendiri ( Klein dan Ritti, 1984 ). Dalam memperkatakan konflik, kita didedahkan pada keadaan halangan atau usaha untuk menghalang pihak lain dalam melakukan sesuatu tugasan, mendapatkan bahan, mendekati orang yang berpengaruh, dan mencari pengaruh di kalangan rakan sejawat. Hal ini mencerminkan hati dan jiwa serta nilai dan budaya yang menjadi pegangan sesetengah individu. Jika kita berpegang pada unsur yang positif, konflik tidak akan berlaku. Walaupun ia berlaku, ia akan menjuruskan konflik untuk membaiki keadaan organisasi dan bukannya menghancurkan. Perkara yang penting ialah konflik perlu dilihat sebagai sebahagian daripada proses semula jadi perlakuan manusia yang berebu untuk memperoleh kejayaan. Jika ini dijadikan pegangan konflik yang wujud boleh membantu manusia untuk berubah.

Sebab-Sebab Wujudnya Konflik
Konflik boleh wujud dalam keadaan berikut:
1. Pemilihan matlamat kejayaan setiap kumpulan yang mempunyai perbezaan pandangan dan tujuan (Owens, 1995; Steers et.al., 1985; Klein dan Ritti, 1984; Stonners, 1982 ).
• Konflik boleh wujud apabila terdapat perbezaan matlamat dan tujuan kumpulan atau entiti dalam organisasi. Perbezaan ini bukan sahaja menjejaskan perhubungan antara kumpulan dan mengganggu organisasi dalam pencapaian matlamat keseluruhan, tetapi ia boleh memberi kesan kerapuhan kesepaduan organisasi. Keadaan ini jelas akan mewujudkan perebutan bahan asas pencapaian matlamat. Bahan asas pencapaian matlamat ini penting dalam kumpulan dan organisasi mencapai kejayaan. Biasanya bahan asas ini amat terhad dan kumpulan yang dapat menguasainya akan berjaya dalam urusan mencapai matlamat yang ditetapkan. Persaingan ini boleh menjadi sihat jika, pengurus organisasi dapat melihat dan membahagikan bahan asas yang terhad ini kepada semua pihak. Keadaan perebutan dan persaingan ini tidak terbatas kepada bahan tersebut, tetapi ia berkemungkinan berlarutan hingga merangkumi aspek sikap dan tanggapan setiap kumpulan. Hal ini akhirnya membawa pada kehilangan kepercayaan dan kerjasama dalam organisasi.
2. Kehilangan kepercayaan dan kerjasama ( Blake dan Mouton, 1984; Owens, 1995 ).
• Kepercayaan sesama ahli dalam organisasi amat penting. Hal ini kerana kepercayaan akan membina kerjasama yang erat. Peningkatan kepercayaan dan eratnya kerjasama akan membentuk satu perkumpulan dalam organisasi yang akan mencapai matlamat bersama. Kelonggaran aspek ini menjadikan setiap kumpulan akan bersaing dalam mendapat sesuatu daripada organisasi. Biasanya perkara yang diidamkan itu amat terhad. Walaupun persaingan dalam organisasi boleh memberikan kesan yang positif, tetapi persaingan yang condong kepada pencapaian matlamat kumpuulan sendiri dan bukannya keseluruhan organisasi akan menjadikan organisasi itu lemah.
3. Perbezaan dari segi nilai dan budaya (Blake dan Mouton, 1984 ; Stonners, 1982 ; Owens, 1995 ).
• Nilai dan budaya setiap individu dan kumpulan berbeza antara satu dengan yang lain. Perbezaan nilai dan budaya wujud disebabkan oleh perbezaan latar belakang, sama ada pendidikan, sejarah pembudayaan, pengalaman, sokongan pihak atasan, pandangan dan idea, peringkat umur. matlamat dan tujuan serta adanya pengikut. Pebezaan-perbezaan ini jika tidak diuruskan dengan sempurna mencetuskan konflik antara kumpulan. Budaya dan nilai yang dipegang adalah relatif. Ia mungkin benar pada satu kumpulan ,tetapi tidak sesuai dengan kumpulan lain. Dalam hal ini penyatuan dan peyesuaian nilai dan budaya seiap kumpulan atau individu penting dalam mengekang organisasi menerima konflik.
4. Kewujudan ketegangan sosial ( Wright, 1990) dan Struktur sosial ( Klein dan Ritti, 1984 ).
• Dalam aspek ini ketegangan sosial bermaksud keadaan yang timbul daripada ketidakseimbangan dalam struktur tindakan masyarakat. Dalam struktur entiti ini ia melibatkan pengekalan dan penerimaan ideologi. Ideologi yang berbeza antara entiti atau kumpulan dalam organisasi boleh mencetuskan ketegangan. Ia boleh dilihat daripada latar belakang ahli-ahli dalam kumpulan, sama ada ia berpendidikan agama atau sekular. Ia juga dapat dikaji daripada tindakan ahli dalam kumpulan dalam menyokong atau menentang pihak atasan. Kewujudan ideologi ini memberi peluang kepada kewujudan ketegangan dalam sistem sosial organisasi. Ketegangan ini jika tidak diurus ia mendatangkan kesan yang lebih buruk lagi. Dalam aspek ketegangan sosial ini kita juga tidak boleh lupa dengan unsur keadilan sosial. Keadilan sosial di sini bermaksud keadilan dalam mendapatkan unsur-unsur kemajuan diri, sama ada dalam bentuk kewangan, penghargaan, sokongan, bahan asas, dan lain-lain keperluan manusia. Ia perlu diberi kepada setiap golongan, kumpulan, ataupun bahagian dalam organisasi. Kecuaian dalam pemberian dan kesaksamaan dalam keadilan sosial ini sering mencetuskan polimik. Keadaan ini jika diabaikan akan mencetuskan konflik.
5. Faktor kumpulan (Klein dan Ritti, 1984 ).
• Ia bergantung pada betapa seseorang atau kumpulan itu mencari dan memperbanyak pengikutnya. Dalam aspek ini kumpulan yang dibentuk atau terbentuk sendiri mempunyai pandangan yang berbeza terhadap isu dan tanggapan. Selalunya isu yang dicetuskan dibicarakan dengan individu yang berada dalam kumpulan tersebut. Pengesahan dan kebolehpercayaannya hanya di sekitar persekitaran yang kecil. Biasanya perkara yang dibincangkan akan diterima oleh ahli-ahli dalam kumpulan. Hal ini seterusnya akan tersebar dan menjadi pegangan oleh kumpulan itu. Pegangan yang berbeza antara kumpulan akan mencetuskan ketidakpuasan hati kumpulan yang lain. Mungkin juga ia menjadi penyebab kepada keegoan kumpulan. Aspek ini jika berterusan memberi kesan kepada hubungan dan seterusnya menganggu keadilan sosial dan mencetuskan ketegangan.
6. Kelemahan koordinasi kerja ( Feldman dan Arnold, 1983; Steers et.al. 1985; Stonners, 1982 ).
• Aspek ini menekankan perkara-perkara berikut:
 Kepergantungan tugas
 Ketidakjelasan tugasan
 Perbezaan dari segi orientasi kerja
• Kepergantungan tugas: Ia melibatkan tugas berasaskan peraturan (sequential) dan pelaksanaan tugas (reciprocal). Dalam tugasan sequential satu pihak menanti pihak yang lain untuk melakukan tugas. Jika pihak tersebut tidak menjalankannya , ia menjejaskan pihak lain dalam meneruskan tugas yang diarahkan. Dalam tugas reciprocal, setiap pihak saling membantu antara satu sama lain. Jika konsep saling membantu ini tidak dipatuhi, ia menjejaskan hubungan antara dua pihak.
• Keadaan konflik boleh wujud apabila pihak-pihak berkenaan mempunyai komitmen dan mutu kerja yang tidak sama. Ia lebih menjejaskan lagi apabila berlaku keadaan berikut:
 Banyaknya aktiviti kerja satu pihak sehingga ia boleh menjejaskan mutu kerja dan tugasan pihak lain.
 Semakin besar ruang aktiviti kerja satu pihak hingga menjejaskan pekerjaan pihak lain.
 Struktur kerja yang tidak jelas dan teratur.
• Ketidakjelasan tugas: Ia berlaku apabila wujud perubahan organisasi yang mendadak dan cepat. Ia juga boleh wujud apabila struktur organisasi yang tidak sempurna, dan kepimpinan yang lemah. Dalam hal ini ia akan menyebabkan berlaku pertindihan tugas dan tanggungjawab. Ia juga melibatkan pemeberian kuasa dan ketidaksempurnaan tugasan dan pegawai yang menjalankan tugas.
• Perbezaan dari segi orientasi kerja
• Perbezaan ini boleh dilihat dari sudut yang berikut:
 Perbezaan pencapaian dan penghasilan dari aspek masa dan fungsi
 Perbezan yang besar dari segi spesifiknya matlamat pencapaian
 Bezaanya orientasi hubungan interpersonal antara bahagian
7. Sistem kawalan organisasi ( Steers et al., 1985; Feldman dan Arnold, 1983 )
• Penekanan dalam aspek boleh dikaji melalui aspek berikut:
• Kepergantungan sumber.
• Sistem persaingan mendapatkan ganjaran.
• Kesan-kesan tidak berfungsinya sistem kawalan.
• Penggunaan sistem persaingan sebagai alat motivasi.
8. Halangan Komunikasi ( Steers et. al. 1985 ).
Keadaan ini boleh wujud apabila kekerapan komunikasi terbatas, jarak atau struktur organisasi yang menjarakkan lagi perhubungan antara pengurus dan orang bawahan, tidak sehaluan dan kegagalan penyampaian maklumat, dan keadaan geografi tugas yang berbeza. Berlakunya keadaan ini menyebabkan wujudnya pandangan dan perbezaan dari segi matlamat, cita-cita, dan cara penyelesaian masalah. Situasi ini mencetuskan permasalahan dalam memperbaiki hubungan manusia dalam organisasi. Kebekuan hubungan ini menyebabkan keterbatasan dan menimbulkan syak . Jika keadaan ini tidak diuruskan ia mencetuskan konflik.
9. Sifat dan kemahiran kaki tangan penting ( Steers et. al. 1985 ).
Aspek ini menjelaskan bahawa sifat kaki tangan atau pengurus yang berorientasikan kuasa dan meneguhkan kuasa sering berhadapan dengan konflik. Hal ini kerana manusia mempunyai pandangan dan tanggapan yang berbeza antara satu sama lain. Ini mencetuskan rasa syak terhadap tindakan dan tekanan yang dikenakan. Keadaan ini mungkin benar dan mungkin juga tidak benar. Perkara terpenting ialah bagaimana manusia berkebolehan dalam kmunikasi dengan manusia lain. Kemahiran ini jika tidak diuruskan dengan baik menyebabkan berlakunya salah faham dan pergeseran antara manusia.

Bibliografi:

Blake R.R dan Mouton J.S., 9( 1984 ) Solving Costly Organizational Conflict, Jossey-Bass Publishers, San Francisco.
Feldman D.C dan Arnold H.J, ( 1983 ), Managing Indiviudals and Group Behavior in Organization, McGraw-Hill Book Company, New York, etc.
Klein S.M dan Ritti. R.R, (1984 ) Understanding Organizational Behavior, Kent Publishing Company, Boston, Massachusetts.
Lamberton L.H dan Minor L., ( 1995 ), Human Relations: Strategies for Succes, Irwin Mirror Press, Chicago, Bogata, dll.
Mitchell T. R, ( 1978 ), People in Organizations: Understanding Their Behavior, McGraw Hill Book Company, New York, dll.
Morgan G, ( 1997 ), Images of Organization, Second Edition, SAGE Publications, Thousand Oak, London, New Delhi.
Owens R.G, ( 1995 ), Organizational Behavior in Education, Fifth Edition, Allyn and Bacon, Boston, dll.
Robbins S.P, ( 1983 ), Essentials of Organizational Behavior, Prentice-Hall. Inc. Eaglewood Cliffs, New Jersey.
Scanlan B dan Keys B, ( 1983 ), Management and Organizational Behavior, John Wileys and Sons, New York, dll.
Sisk, H.L, ( 1977 ), Management and Organization, South-Western Publshing Co., Cincinnati, dll.
Steers R.M, et al., ( 1985 ) Managing Effective Organizations: An Introduction, Kent Publishing Company, Boston, Massachusetts.
Steinmetz L.L, ( 1985 ), Managing the Marginal and Unsatisfactory Performer, 2nd Edition, Addison-Wesley Publication Company, Inc. Reading, Massachusetts, dll.
Stephenson T, ( 1985), Management: A Political Aktivity, Macmillan Press, Houdmills, Basingstoke,etc.
Stoner J.A.F, ( 1982 ), Management, Second Edition, Prentice-Hall, Inc., Eaglewood Cliffs, New Jersey.
Ullrich R. A dan Wieland G.F, ( 1980 ), Organization Theory and Design, Richard D Irvin, Inc, Homewood, Illinois.
Wright. Q, ( 1990 ), The Nature of Conflict, Conflict: Reading in Management and Resolution, Edited: Burton. J and Dukes F, Macmillan, London.