Wednesday, August 31, 2011

Perkembangan Gerakan Kesedaran. Siapakah Pejuang?

Perkembangan gerakan kesedaran di Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat seperti yang berikut:
1. Peringkat keagamaan 1906 - 1926
2. Peringkat sosioekonomi 1927 – 1937
3. Peringkat politik 1937 -1957

Peringkat keagamaan 1906 - 1926

Perjuangan kesedaran pada peringkat ini dipelopori oleh tokoh-tokoh keagamaan yang mendapat pendidikan di Timur Tengah. Dalam mengkaji perjuangan mereka ia boleh disimpulkan seperti yang berikut:
Konsep perjuangan:
Menyedarkan umat Islam berkenaan dengan amalan yang bertentangan dengan Islam serta meningkatkan kesedaran perjuangan reformasi.
Matlamat perjuangan:
1. Memberi kesedaran pendapat dan idea-idea reformasi dari Timur Tengah.
2. Mengikis idea-idea ortodok dan konservatif penganut Islam di Tanah Melayu.
Tujuan reformasi:
2.1 perjuangan Pan Islamisasi
2.1.1 Menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam dan diletakkan dalam persaudaraan Islam sedunia.
2.1.2 Menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan negara dan menggagalkan pemerintahan berasaskan sekular yang dibawa oleh Inggeris.
2.2 perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah
2.2.1 Meletakkan cara hidup dan menjalani kehidupan berasakan Al Quran dan Sunnah dalam semua aspek kehidupan, sama ada dari sudut politik, ekonomi, dan sosial.
2.2.2 Menyatakan bahawa kemunduran orang Melayu disebabkan lekangnya mereka daripada ajaran Islam yang sebenar.
2.2.3 Menghapuskan amalan-amalan bidaah yang tidak dihalang oleh golongan tua. Hal ini menyebabkan berlakunya penerusan kepercayaan yang bertentangan dan berlebihan dalam Islam. ( Lihat penjelasan lanjut tentang sebab-sebab kepercayaan tradisi masih diamalkan walaupun orang Melayu telah terima Islam dalam Tema Satu)

2.3 Mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan dengan agama Islam.
2.3.1 Menjadikan pendidikan untuk semua. Dibenarkan golongan wanita untuk mendapatkan pendidikan. Sebelum ini para wanita tidak dbenarkan untuk mendapatkan pendidikan disebabkan berpegang kepada amalan tradisi dan adat.
2.3.2 Beberapa konsep yang diamalkan oleh orang melayu banyak memundurkan pemikiran orang melayu dalam mengejarkan kesejahteraan sosio-ekonomi. Antaranya dalam sistem kerah dan serah. Pemilikan dan penghambaan sebagai tanda taat dan setia kepada raja. Konsep daulat dan tulah dan keadaan ini menghalang rakyat biasa dalam memperbaharui diri ke arah pemodenan.
2.4 Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang serba lengkap.
2.4.1 Islam sebagai addin - satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Islam pentingkan ilmu, melarang perbuatan menyekutukan Allah. Kesempurnaan Islam berdasarkan tamadunnya menjadikan kekuatan Islam menjadi pemangkin kepada penerokaan ilmu. Sedangkan golongan ulama tua, tidak memimpin rakyat biasa ke arah cara hidup Islam yang syumul. Golongan ulama tua lebih menjurus kepada golongan pembesar/pemerintah. Tidak mencetuskan minda dan gagal dalam pelaksanaan kejayaan berteraskan syariat. Keadaan ini banyak bersebabkan sekular penjajah dan ini dikatakan mempengaruhi golongan ulama tua. Perjuangan kaum muda adalah untuk menjadikan Islam sebagai satu cara hidup seperti perjuangan Nabi Muhamad saw.
Cara penyebaran:
1. Menerusi majalah dan akhbar seperti:
1.1 Al-Imam
1.2 Al-Ikhwan
1.3 Seruan Azhar
1.4 Pilihan Timur
1.5 Semangat Islam
1.6 Sekolah-sekolah pondok.

Tokoh-tokoh pejuang:
1. Sheikh Tahir Jalaluddin
2. Syed Sheikh Al Hadi
3. Sheikh Muhamad Salim Al-Kalali Pengaruh perjuangan:
Gerakan Sheikh Mohd Abduh
Syed Jamaluddin Al-Afgani
Mereka merupakan reformis Islam yang radikal di Timur Tengah.
Ciri-ciri perjuangan:
1. Penghargaan terhadap pendidikan, pangkat dan ekonomi.
2. Pendidikan adalah hak semua orang bukan hak exklusif golongan bangsawan.
3. Wujud pertentangan antara golongan tua dan muda.

 Kejayaan/Rintangan
1. Wujud penentangan draipada golongan tua yang masih berfahaman ortodok dan mengamalkan bidaah.
2. Inggeris bersama golongan tua menyekat perkembangan golongan agama daripada meluaskan pengaruhnya.
2.1 Mengharamkan tulisan yang menyentuh tentang Islam jika tidak ada kebenaran.
2.2 Mewujudkan jawatan mufti bagi menapis tulisan-tulisan yang berkaitan dengan Islam.
2.3 Mengenakan hukuman dan tindakan undang-undang .
2.4 Melarang dan meyekat penyebaran majalah-majalah yang berteraskan Islam.

3. Kejayaan dapat dilihat daripada perjuangan oleh nasionalis yang berfahaman sederhana dalam pentadbiran Inggeris serta kemunculan nasionalis berpendidikan Melayu yang bergerak untuk mendapatkan kebebasan daripada Inggeris.

Peringkat Sosioekonomi 1927-1937
Peningkatan masalah orang Melayu dalam kehidupan moden yang menyisihkan unsur tradisi memperlihatkan perjuangan diteruskan oleh golongan keagamaan. Ini memperlihat ketandusan golongan yang berteraskan sosioekonomi. Kegagalan pejuang keagamaan untuk merngubah persekitaran masyarakat Melayu telah mendorong pemikir-pemikir daripada lulusan Inggeris dan Melayu untuk membatasi pegaruh golongan keagamaan.
1. Konsep perjuangan:
Menjuruskan aspek sosial dan ekonomi.
2. Matlamat perjuangan:
Memulihkan taraf kehidupan masyarakat Melayu agar seiring dengan masyarakat lain.
Mempastikan pendidikan yang diberikan oleh orang Melayu dilakukan secara menyeluruh sama ada dalam bentuk sukatannya dan peluang-peluang kepada semua golongan. Membolehkan masyarakat Melayu menerima pendidikan tinggi.
Mengisikan kekosongan jawatan kepada orang-orang Melayu dan melatih mereka mentadbir negri.
Hal ini dapat dilihat darpada perjuangan :
• Golongan agama yang mementingkan pendidikan. Menggalakan masyarakat Islam mendapat pendidikan dan berusaha untuk mendirikan sekolah-sekolah pondok dan madrasah. Sheikh Al-Hadi membina madrasah di Pulau Pinang bagi mendidik orang-orang melayu dalam ilmu agama.
• Menggalakan orang-orang perempuan untuk mendapatkan pendidikan kerana dengan pendidikan orang Melayu dapat meningkatkan pengetahuan dan taraf hidup.
• Selain golongan agama, para pembesar Melayu seperti Raja Chulan, memperjuangkan penggunaan bahasa Melayu dalam MMN Perak- sebab wakil Melayu ada yang tidak faham penggunaan bahasa Inggeris.
• Para guru Melayu juga memperjuangkan pendidikan dan membanyakkan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu. Pejabat karang-mengarang MPSI ditubuhkan bagi merealisasikan perjuangan membanyakkan buku-buku dalam bahasa Melayu sehinggalah tertubuhnya DBP pada 1956.
• Dari aspek ekonomi perjuangan untuk menjada kepentingan Melayu adalah dengan mewujudkan Tanah Simpanan Melayu bagi menjaga kepentingan ekonomi Melayu tidak terhakis oleh perkembangan ekonomi yang berpihak kepada warga asing.
• Bagi menghalang orang Melayu menjadi bangsa minoriti UMNO telah berjaya menggagalkan MU yang boleh menyebabkan orang Melayu menjadi suara minoriti. Ini penting bagi surviaval bangsa Melayu yang lemah dari aspek kuasa ekonomi dan bagi mengimbanginya ialah dengan menguasai kuasa politik.

3. Tokoh-tokoh
Berlatarkan pendidikan Inggeris:
• Raja Chulan, Dato Abdullah Hj. Daman, Dato Onn Jaafar, Eunos Abdullah, Ishak Hj. Muhamad
Berlatarkan pendidikan Melayu:
• Ibrahim Yaakob, Muhamad Isa mahmud, Yaacob Mohd Amin, Hassan Hj. Manan.

4. Pertubuhan
Kesatuan Melayu Singapura - Eunos Abdullah
Kesatuan Melayu Selangor - Raja Uda dan Tengku Kamil
Persatuan Melayu Pahang, Negeri Sembilan
Peranan MPSI melahirkan guru-guru yang dipengaruhi dengan gerakan reformis di Indonesia. Wujudkan:
Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo- Ibrahim Yaakob, Muhamad Isa Mahmud, Yaacob Mohd Amin, dan Hasan Haji Manan. Tujuan: untuk mencapai kemerdekaan dalam lingkungan Indonesia Raya.
Paspam – Persaudaraan Sahabat Pena :- perjuangan untuk mewujudkan perpadauan melayu melalui bahasa. Perjuangan menegak bahasa Melayu supaya tidak terpinggir dalam negara sendiri. Hal perjuangan bahasa ini bukan sahaja oleh Paspam, tetapi pernah disuarakan oleh Raja Chulan – yang memperlihatkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam MMN dan MMP. Orang melayu ada yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Merugikan melayu kerana mereka tidak faham perbincangan dan undang-undang yang akan diluluskan.

Peringkat Politik 1937-1957
Konsep Perjuangan: Politik
Matlamat perjuangan: Kemerdekaan
Tokoh-tokoh pejuang:
Ibrahin Yaakub }membentuk KMM bermatlamat kemrdekaan dalam
Onan Haji Siraj }lingkungan Indonesia Raya. Bersifat kiri dan tidak
Mustafa Haji Hussien }bekerjasama dengan Inggeris.
Mukhtaruddin Ishak }membentuk PKMM. Bergerak aktif dalam menentang
Burhanuddin Al-Helmi }Malayan Union.
Ishak Hj Muhammad }
Onn Jaafar } membentuk UMNO,

Pertubuhan terlibat:
KMM Kesatuan Melayu Muda
PETA Tentera Pembela Tanah Air
MPAJA Malayan Peoples Anti Japanese Army
PKMM Parti Kebangsaan Melayu Malaya
API Angkatan Pemuda Insaf - cawangan pemuda PKMM
AWAS Angkatan Wanita Sedar - cawangan wanita PKMM
PUTERA Pusat Tenaga Rakyat
UMNO Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Strategi perjuangan:
1. Tidak berkerjasama dengan Inggeris / bekerjasama dengan Jepun

• Dilakukan oleh KMM dengan tidak mahu bekerjasama dengan Inggeris. Menuntut kemerdekaan sejak 1939. Bersuara lantang. Lebih menjurus kemerdekaan bersama Indonesia dalam Indonesia Raya.
• Akibat daripada itu, berlaku penangkapan kepimpinan KMM. Penangkapan kepimpinan KMM dianggap dapat melemahkan pergerakan ini. Berlaku perang dunia ke-2, Jepun membebaskan tahan politik. Mula era kerjasama dengan Jepun. Tujuan asal - kemerdekaan masih menjadi matlamat, lebih-lebih lagi dengan janji Jepun untuk merdekakan negara yang dijajah Imperialis barat.
• Kesan kerjasama - wujud PETA ( Tentera Pembela Tanah Air ). Bagi Jepun sebagai alat untuk memasukkan propaganda Jepun. Bagi Ibrahin Yaakub sebagai persediaan orang-orang Melayu mendapat latihan ketenteraan. Kegunaannya bukan sahaja menentang Inggeris, tetapi Jepun. Pasukan ini ada kerjasama sulit dengan pasukan bawah tanah seperti MPAJA, Force 136 dan Pasukan Wataniah.
• Kerjasama dengan Jepun bukan sahaja memperlihatkan orang Melayu dalam PETA, tetapi dalam pasukan keselamatan lain seperti Giyugun, Boetai, dan Junsa - merupakan pasukan separa tentera dan polis. Sebelum ini orang Melayu tidak berpeluang dalam mendapatkan latihan keteteraan secara professional.
• PETA dan PUTERA membolehkan Ibrahim Yaakub meneruskan rancangan untuk kemerdekaan bersama Indonesia. Beberapa siri pertemuan diadakan seperti di Taiping pada 12 OGOS 1945 antara Ibrahim Yaakub dengan Sukarno-Hatta. Rancangan Gagal apabila Sukarno mengistiharkan kemerdekaan Indonesia secara mengejut dan Ibrahim Yaakub melarikan diri ke Indonesia.
• Perjuangan tidak bekerjasama dengan Inggeris diteruskan oleh PKMM. PKMM bekerjasama dengan AMCJA menentang Perlembagaan 1948 dan mencadangkan Pelembagaan Rakyat, tetapi tidak diterima Inggeris.
• Pada 1941-45 MPAJA meneruskan perjuangan menentang Jepun bersama-sama dengan Force 136 dan Wataniah. Pada peringkat ini MPAJA menjalankan dasar bekerjsama dengan pihak Inggeris, tetapi tidak diteruskan pada 1945 kerana pengaruh komunisme sangat kuat dan berlaku darurat pada 1948.

2. Bekerjasama dengan Inggeris

• Menjurus pada perjuangan UMNO. Lebih flexible daripada KMM. Boleh dibawa berunding. Antara perundingan yang dijalankan ialah perundingan kemerdekaan, serta tolak ansur dalam Perlembagaan 1948. Dianggap sebagai puak kanan atau sederhana oleh Inggeris.

3. Penentangan bersenjata

• Dilakukan oleh MPAJA menentang Jepun dan seterusnya pada 1948 menentang Inggeris secara gerila dalam zaman darurat 1948-1960.

4. Demontrasi aman

• Dianjurkan oleh UMNO mulai 1 JUN 1946 untuk membantah Malayan Union serta disokong oleh Raja-Raja Melayu. Aspek ini ditujukan kepada wakil Inggeris ( Harold MacMicheal ) dalam peras ugut nya meminta tanda tangan raja-raja Melayu. Seluruh persatuan Melayu bergabung dalam UMNO yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar dan melibatkan semua lapisan masyarakat dan taraf keududukan orang-orang Melayu. Berjaya menggagal Malayan Union dan tertubuh pula politik yang berteraskan pelbagai kaum - PERIKATAN yang ditubuhkan semasa pilahanraya perbandaran Kuala Lumpur , 1952

5. Pemboikotan

• Raja-raja Melayu dan pembesar Melayu memboikot perlantikan Gabenor General Malayan Union serta disokong oleh bekas pegawai-pegawai Inggeris yang bekerja di Tanah Melayu seperti Sir Frank Swettenham.

6. Kerjasama parti-parti politik

• Aspek ini dapat dilihat melalui tertubuhnya PERIKATAN gabungan parti-parti UMNO, MCA, dan MIC, Gabungan PKMM dan AMCJA, kerjasama PETA, MPAJA, Force 136 dan Wataniah untuk menentang penjajahan sama ada Inggeris atau Jepun. Kerjsaama KMM dengan PNI ( Partai Nasionalis Indonesia ) memperlihatkan kerjasama serantau untuk mewujudkan negara bangsa Melayu.