Tuesday, December 8, 2009

Malayan Union dan Orang Melayu: Warisan Penjajahan.

Kejatuhan Singapura dan Tanah Melayu ke tangan Jepun dan kegagalan pentadbiran British pada tahun 1941 hingga 1942 telah menghilangkan keyakinan orang Melayu terhadap British.Ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan di luar dugaan kerajaan British sendiri.Walau bagaimanapun ,British memang menjangka bahawa pendudukan Jepun ke atas Tanah Melayu hanyalah bersifat sementara sahaja. Apabila British kembali ke Tanah Melayupada bulan September 1945, mereka merasa bahawa satu perubahan perlu dilakukan .Oleh itu,British Military Administration (BMA) telah memilih untuk melaksanakan polisi-polisi liberalisme dalam menjalan- kan semula undang-undang dan peraturan dalam soal pentadbiran .BMA secara keseluruhannya adalah sebuah pemerintahan tentera bercorak sementara yang diatur bagi melaksanakan rancangan Malayan Union.
Kerajaan British memperkenalkan Malayan Union berdasarkan beberapa faktor utama iaitu persediaan Tanah Melayu mencapai taraf pemerintahan sendiri , mencipta satu dasar ketenteraan yang lebih mudah dan tujuan yang timbul daripada perasaan kecewa terhadap orang Melayu.Jika dikaji secara terperinci,penubuhan Malayan Union sebenarnya banyak memberikan kesan yang negatif dan tidak memberi manfaat kepada orang-orang Melayu.Disebabkan itu ,orang- orang Melayu mula menentang Malayan Union.Orang-orang Melayu sebenarnya tidak berpuas hati dengan isi kandungan Malayan Union yang hanya memberikan manfaat kepada satu pihak sahaja iaitu British.
Perlembagaan Malayan Union dianggap menghilangkan kedaulatan dan kuasa politik sultan-sultan ke atas negeri-negeri Tanah Melayu.Sultan-sultan kini menjadi raja boneka kerana Tanah Melayu akan dipindahkan daripada negeri di-tentukan oleh pentadbiran pusat.Orang-orang Melayu bimbang kehilangan kuasa politik sultan-sultan akan menyebabkan sultan yang dianggap pembela orang Melayu tidak berkemampuan untuk melindungi hak-hak dan institusi kebudayaan Melayu pada masa akan datang.Sultan merupakan lambang bangsa Melayu dan negeri-negeri Melayu dan lambang ini harus dikekalkan.Kandungan perlembagaan ini juga ber- tentangan dengan dasar kerajaan British sebelum perang yang ingin mengagihkan kuasa daripada Residen Jeneral ke tangan sultan.
Selain itu, sultan-sultan yang dahulunya tidak memberikan kepercayaan kepada British ,kini telah sedar akan kesilapan besar mereka. Mereka mahu supaya kuasa dan martabat mereka serta bidang kuasa Majlis Mesyuarat Negeri dikembalikan seperti pada masa sebelum perang.Tindakan yang sangat menjatuhkan maruah dan kesucian agama Islam ialah perlantikan Gabenor Malayan Union sudah dijadikan sebuah kesatuan ,tanpa kuasa politik tempatan . Sultan hilang kuasa dalam pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu contohnya,perkara tentang zakat fitrah dibincang bersama dan mesti mendapat kelulusan daripada Gabenor terlebih dahulu.Di samping itu, bangsa Melayu juga membantah dengan kerasnya cara ugutan dan paksaan (political Blackmail) yang digunakan oleh Sir Harold MacMichael untuk mendapatkan tanda- tangan sultan.Beliau mengugut akan melucutkan jawatan sultan atas alasan baginda telah bersubahat dengan pihak Jepun menentang pihak British semasa perang.Misalnya, Sultan Kedah dan Perak dipaksa menandatangani surat perjanjian Malayan Union atau turun dari takhta kerana baginda dinaikkan takhta oleh pihak Jepun bukannya British.
Sultan juga tidak diberi peluang berbincang dengan pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri berkenaan gengan rancangan Malayan Union ini .Sultan Ibrahim dari Johor misalnya, dipaksa menandatangani perjanjian Malayan Unino tanpa dineri masa berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan para pembesar walaupun syarat utama perlembagaan Negeri Johor menetapkan demikian . Atas desakan tidak berpuas hati ini, Sultan-sultan yang terlibat telah menghantar kawat ke London kerana membantah atas perkara penyelewengan di dalam penandatanganansurat perjanjian Malayan Union. mereka menyatakan bahawa apa yang terdapat dalam kertas putih perjanjian itu bukan- lah seperti mana yang terdapat dalam isi kandungan perjanjian yang ditandatangani itu. Selain itu,baginda sultan juga menghantar kawat kepada tokoh perseorangan ber- pengaruh di British dan bekas pegawai tadbir British di Tanah Melayu.
Di samping itu, orang-orang Melayu menentang disebabkan oleh syarat- syarat kerakyatan Tanah Melayu yang longgar terutamanya prinsip “jus soli”.Perlembagaan Malayan Union memberi hak kewarganegaraan yang saksama bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan asal keturunan.Hak-hak ini termasuklah ke dalam perkhidmatan kerajaan dan satu undi dalam pilihan umum.Terdapat 2 ciri utama dalam kerakyatan secara kuat kuasa undang-undang dan secara permohonan dan kemasukan. Dari segi kerakyatan secara kuat-kuasa undang-undang ,Malayan Union menberi kewarganegaraan kepada sesiapa sahaja yang dilahirkan di negeri-negeri Malayan Union atau Singapura dan telah bermastautin sebelum perintah tersebut di- kuatkuasakan .Dalam kerakyatan secara permohonan atau kemasukan pula Malayan Union memberi kerakyatan kepada sesiapa yang telah bermastautin dalam Malayan Union atau Singapura selama 5 tahun daripada 8 tahun terdahulu daripada permohonan dibuat tetapi mereka ini mestilah mempunyai tingkah-laku yang baik,pengetahuan dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu yamg mencukupi dan mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.
Prinsip jus soli ini dianggap telah menghilangkan hak-hak istimewa orang- orang Melayu.Orang-orang Melayu menganggap bahawa sebagai penduduk asal Tanah Melayu,mereka patut diberikan kelebihan dalam beberapa kes tertentu.Mereka men- dakwa orang bukan Melayu tidak akan menjadi rakyat yang setia disebabkan oleh kerana hasil pendapatan yang diperolehi dari Tanah Melayu dihantar balik ke negara asal mereka dan mereka hanya mengikuti isi-isu politik negara asal mereka sahaja tanpa ambil berat tentang perkembangan dan kebajikan Tanah Melayu umumnya.Sebenarnya hak-hak istimewa Melayu yang mungkin hilang merangkumi hak dalam pentadbiran ialah keistimewaan dalam perkhidmatan awam,bantuan pendidikan dan perlantikan pegawai dalam pentadbiran oleh Gabenor belum tentu memberikan keadilan kepada bangsa Melayu.Manakala hak yang hilang dalam ekonomi ialah meliputi kekhuatiran mansuhnya Kanun Tanah Simpanan Melayu,hilang keistimewaan untuk memperolehi tanah-tanah kerajaandan menjadikan orang Melayu kelas kedua.
Kesimpulannya,kebanyakkan penentangan yang dilakukan oleh orang-orang Melayu adalah kerana dasar tidak puas hati terhadap perlembagaan Malayan Union yang dianggap telah menghilangkan hak dan keistimewaan mereka pada masa tersebut dan pada masa akan datang.