Sebab Penyerahan
Penyerahan
kedaulatan Pulau Batu Putih yang dari sudut sejarahnya adalah milik
Kesultanan Johor diputuskan oleh ICJ berdasarkan kepada surat balasan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953
yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pedra Branca,
iaitu nama dalam bahasa Portugis bagi Pulau Batu Putih. Jawapan balas
itu adalah berkaitan dengan pulau tersebut secara keseluruhannya dan
bukan semata-mata rumah api. Apabila surat itu dibaca dalam konteks
permintaan oleh Singapura mengenai maklumat status Pulau Batu Putih, ia menjadi
bukti bahawa surat berkenaan menyentuh isu kedaulatan pulau tersebut.
Secara terang dan nyata ia bermaksud Pulau Batu Putih ialah milik
Singapura. Oleh itu , mahkamah telah menyimpulkan bahawa surat jawapan
itu jelas menunjukkan bahawa mulai tahun 1953, Johor maklum ia tidak
lagi mempunyai kedaulatan ke atas Pedra Branca/Pulau Batu Putih. Fakta
kes menunjukkan bahawa sebaik sahaja menerima surat balasan dari Johor,
Setiausaha Koloni Singapura telah menghantar satu memorandum dalaman
kepada Peguam Negara yang menyebut bahawa beliau berpendapat berdasarkan
kekuatan surat jawapan itu, Singapura boleh menuntut Pedra Branca.
Walaupun ia dibantah oleh Malaysia dengan menyatakan bahawa Pemangku
SUKJ tidak mempunyai kuasa terhadap surat tersebut, tetapi mahkamah
telah bertindak disebaliknya. Mahkamah menerima hujahan Singapura bahawa
berdasarkan isi kandung surat tersebut Johor telah menyerahkan
kedaulatan dan pulau itu kepada British yang kemudiannya diwarisi oleh
Singapura.
Selain
surat dari Johor pada 1953, mahkamah turut berpandukan kepada fakta kes
berhubung tindak tanduk United Kingdom dan Singapura di Pulau Batu
Putih yang menurut ICJ tidak terbatas kepada penyelenggara rumah api
semata-mata. Perkara ini dapat dilihat melalui tindakan �tindakan yang
diambil oleh Singapura. Antara tindakan yang telah dilakukan oleh
Singapura termasuk menyiasat
kemalangan marin di perairan pulau tersebut, kawalan mereka terhadap
siri lawatan, pemasangan peralatan komunikasi kapal dan pelan penambakan
lautnya jelas menunjukkan wujud a titre de souverain (tindak tanduk
yang menunjukkan ia mempunyai kedaulatan) terutama selepas tahun 1953.
Ini
jelas memperlihatkan bahawa Malaysia, tidak menunjukkan tindak balas
dalam bentuk apa sekali pun terhadap kegiatan-kegiatan Singapura malah
pihak berkuasa Johor gagal melakukan sebarang tindakan ke atas Pulau Batu Putih bermula dari Jun 1850.
Ia lebih menyerahkan tindakan tersebut kepada British yang kemudiannya
diwarisi oleh pemerintahan Singapura hingga kini. Keadaan ini lebih
jelas lagi apabila keputusan mahkamah memihak kepada Singapura yang
didorong oleh fakta republik itu bertindak mengeluarkan kebenaran kepada pegawai-pegawai dari Malaysia yang datang ke pulau berkenaan pada tahun 1978
bagi menjalankan kajian perairan di sekeliling Pulau Batu Putih.
"Tindak tanduk itu dilihat menunjukkan wujudnya kedaulatan dan memberi
sokongan yang amat penting kepada tuntutan Singapura terhadap kedaulatan
Pedra Branca/Pulau Batu Putih. Inilah yang dinilai oleh ICJ iaitu unsur
ketuanan dan kedaulatan yang ditunjukkan oleh Singapura dalam
mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Putih .
ICJ
juga melihat akan kegagalan Malaysia membantah pengibaran panji-panji
British dan Singapura di Rumah Api Horsburgh di pulau itu yang turut memberi kesan kepada kes tuntutan bertindih itu.
Kita harus memahami bahawa tanda kepada kedaulatan sesebuah negara
antaranya ialah lambang kepada negara itu. Ini ditunjukkan dan
dibuktikan oleh Singapura dengan pengibaran panji-panji British yang
kemudiannya Singapura di pulau tersebut. ICJ membuat keputusan apabila
sepanjang tempoh sebelum 1980 Malaysia tidak pernah membuat bantahan
terhadap perlakuan British dan kemudiannya Singapura. Keputusan yang
diambil oleh ICJ itu didokong oleh tindakan Malaysia sendiri. Ini dapat
dijelaskan melalui tindakan Malaysia mencetak enam
peta yang dikeluarkan oleh Malaysia antara tahun 1962 dan 1975 yang
dipertikaikan oleh Singapura kerana tertera perkataan 'Lighthouse, P.
Batu Puteh, (Horsburgh) (SINGAPORE) atau (SINGAPURA)' di Pulau Batu Putih.
Hal ini, menjadi rujukan ICJ yang disifatkan oleh barisan hakim sebagai
mengesahkan bahawa Malaysia menganggap pulau itu adalah di bawah
kedaulatan republik berkenaan. Persoalannya adakah Malaysia cuai atau
Malaysia mengakui Pulau Batu Putih memang hak Singapura.
Oeh yang demikian mahkamah membuat kesimpulan berdasarkan
titre de souverain oleh Singapura, selain tindak-tanduk Malaysia
termasuk kegagalannya untuk bertindak balas terhadap tindakan-tindakan
republik itu, bahawa pada 1980 kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih
telah diserahkan kepada Singapura. Yang penting Singapura telah berjaya
membuktikan bahawa mereka ialah tuan dan bukannya Malaysia, walaupun
asalnya Pulau Batu Putih itu milik Malaysia.
Kegagalan Malaysia
Kegagalan Malaysia untuk menunjukkan bahawa ia berkuasa mentadbir dan menjadi tuan di Batu Putih
Tuan
bermaksud orang lain perlu mendapatkan kebenaran setiap kali ia
berurusan berkenaan harta dan kepunyaan dan kedaulatannya.Tuan boleh
menghalang orang lain membuat sesuka hati tanah milikan tuan.Malaysia
gagal sebagai tuan bagi menghalang aktiviti Singapura dalam wilayahnya
sehinggakan ia menjadi penyokong kuat kepada surat SUKJ 1953. Malaysia
tidak sepatutnya mendapatkan kebenaran Singapura untuk memasuki perairan
Batu Putih, tetapi ia berlaku sebaliknya.
Maklumat
berkenaan undang-undang tidak memihak Malaysia apabila ICJ menerima
alasan Singapura yang Pemangku S/U Kerajaan Johor boleh menjadi wakil
Sultan Johor dan menerima surat 1953.
Ikut
sejarah banyak kali kedaulatan Sultan tidak dipatuhi seperti Perjanjian
Sultan Hussin Shah dan Stamford Raffles. Sultan Hussin bukan Sultan
Johor yang berdaulat kerana ia ditabalkan oleh Inggeris dan tidak
mengikut adat istiadat pertabalan Melayu. Di Pahang Bendahara Wan Ahmad
juga asalnya bukannya sultan tetapi keturunan Bendahara juga telah
menandatangani perjanjian dengan Inggeris. Bendahara ialah pembesar
empat Kerajaan Johor yang berpusat di Riau. Perjanjian sementara antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles (28 Januari 1819) tetap
berkuatkuasa dan dipatuhi. Untuk mengesahkannya maka Sultan Hussin Shah
dibawa ke Johor untuk ditabalkan dengan sokongan British. Maka
berpecahlah empayar Johor kepada dua kuasa Eropah iaitu , satu dibawah
kuasa British dan satu lagi dibawah kuasa Belanda. Sebab itu ICJ tidak
memihak hujah Malaysia. Surat SUKJ 1953 ialah surat yang paling terkini
dan menyebabkan lain-lain surat dan perjanjian sebelumnya tidak begitu
berfungsi dalam kuatkuasa undang-undang. Jika ia berfungsi sudah tentu
Singapura gagal menggunakan hujah ini. Persoalan tentang siapa yang
berkuasa menanda tangani tidak menjadi persoalan oleh ICJ, tetapi yang
menjadi persoalan ialah jawapan yang jelas, terang dan nyata. Walaupun
pada Malaysia ia satu bentuk kesilapan pentadbiran , malangnya selepas
surat itu ditulis tidak ada bantahan Johor tentang kegagalan Pemangku
SUKJ untuk mendapatkan kepastian dan titah daripada Sultan Johor.
Mengapakah Pemangku SUKJ memberikan jawapan itu, hanya beliau sahajalah
yang tahu. Yang pasti hujah itu digunakan dengan sebaiknya oleh
Singapura sehingga menyakinkan ICJ untuk berpihak kepada Singapura dalam
tuntutan Pulau Batu Putih. Sebab itu ICJ menyatakan bahawa Johor sedia
maklum bahawa pada 1953 , Pulau Batu Putih ialah milik British dan
kemudiannya Singapura.
Kesilapan Malaysia dalam mempamerkan peta sebelum 1979 yang mengakui Batu Putih adalah milik Singapura. Peta 1962 hingga 1975.
Sepatutnya
semasa Singapura berada dalam Malaysia kerajaan Malaysia sepatutnya
telah mempamerkan bahawa Batu Putih adalah milik Johor.Ini adalah
peluang yang paling baik untuk mengurangkan bantahan Singapura kerana ia
sebahagian daripada Malaysia pada waktu itu. Adakah selama ini Malaysia
memang mengakui Batu Putih memang milik Singapura? Dan ia dituntut
kerana kawasan nelayan tradisi dihalang oleh pasukan keselamatan
Singapura!! Adakah ia satu isu politik? Apapun yang berlaku kini Pulau
Batu Putih adalah milik Singapura. Kenapa ? Ia gara-gara kesilapan kita
yang bertahun telah mempamerkan kepada dunia bahawa dalam peta kita,
kita akui bahawa Pulau Batu Putih ialah milik orang lain. Kenapa kita
menyatakan begitu. Kenapa hanya selepas 1979 baru kita hendak
perbetulkan kesilapan yang kita buat. Kenapa sehingga enam peta?. Inilah
hakikat yang dibuat oleh ICJ yang kemudiannya memperlihatkan bahawa
Malaysia memang sedia maklmum bahawa Pulau Batu Putih bukan milik Johor
dan Malaysia. Inilah harga kecuaian kita. Sejarah tetap sejarah. Peta
yang dipamerkan ialah sumber bagi sejarah. Ia sumber pertama yang tidak
boleh diketepikan dalam mencari jawapan tentang persoalan sejarah. Maka
peta yang kita sendiri membuatnya telah menikam kita. Kita gagal
mempertahankan kenapa ada perkataan Singapura pada titik koordinasi
Pulau batu Putih. Inilah persoalan dan pegangan ICJ yang membuktikan bahawa Malaysia mengakui Pulau batu Putih itu memang milik Singapura.
Malaysia
membiarkan Singapura menggunakan wilayah yang dikatakan haknya dalam
menentukan hala tuju perkembangan dan keselamatan perairan, udara, dan
pelayaran kapal.
Malaysia
sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh setiap perkara yang berlaku
seperti pelanggaran kapal dan bukan menyerahkan kepada jirannya untuk
menjalankan penyiasatan. Jika Malaysia perlukan bantuan ia sepatutnya
mengutuskan surat bagi mendapatkan
bantuan dan membenarkan Singapura untuk membantu dan bukannya
membiarkan Singapura bertindak sendirian. Malaysia juga sepatutnya
membantah dengan keras kerana pulau tersebut untuk rumah api sahaja
bukannya untuk strategi ketenteraan. Malaysia gagal bantah pembinaan
radar tentera dan penghantaran strategik ketenteraan sekitar pulau
tersebut. Hujah Malaysia bahawa Singapura dibenarkan mentadbir rumah api
tetapi Singapura telah bertindak lebih daripada itu tanpa bantahan
keras Malaysia.
Kegagalan Malaysia menggunakan gambar yang diambil untuk menunjukkan jarak Batu Putih dengan perairan Malaysia.
Apabila
dibantah Singapura dengan menunjukkan bandingan gambar yang diambil
secara biasa menunjukkan Malaysia cuba mengkaburi ICJ dengan gambar yang
menggunakan kuasa 7 kali zoom kamera. Mungkin ia menjejaskan
kredibiliti hujahan Malaysia yang cuba mendapatkan simpati ICJ dan
Malaysia menyatakan ia mengambil gambar itu dari sumber internet, tetapi
tidak Singapura.
Malaysia gagal menghujahkan yang Singapura ialah pentadbir rumah api dan bukannya tuan di Batu Putih.
Ini berlaku kerana Malaysia tidak bertindak sebagai tuan dan mengenakan syarat kepada
Singapura seperti Singapura mengenakan syarat dan bertindak sebagai
tuan di Batu Putih. Tidak seperti Pulau Pisang , Johor mengeluarkan gran
tanah milikan masyarakat di pulau itu. Malaysia juga gagal mentafsirkan
erti kawan dalam politik dengan membiarkan Singapura bertindak
sendirian dan tidak pernah menyekat dengan andaian Singapura faham itu
hak Malaysia, tetapi ia berlaku sebaliknya.Sebab itu, di Pulau Pisang
kini, Malaysia meminta Singapura melaporkan kehadirannya di Pulau
tersebut dan menghalang pasukan keselamatan Singapura mengawal perairan
Pulau Pisang. Oleh sebab itu dalam penghakiman yang dibuat oleh ICJ
mereka tidak melihat Singapura sebagai pentadbir rumah api sahaja ,
tetapi ia melihat Singapura sebagai pemilik kawasan Pulau Batu Putih.
Sebab itu dalam kita menjadaikan diri kita tuan, kita perlu menunjukkan
kedaulatan kita bukan kita mengikut atau menjadi pak turut kepada
mana-mana kuasa. Inilah yang berlaku kepada kita. Kekuatan yang ada pada
Singapura bukan kerana mereka bijak daripada kita tetapi bijaknya
British dan ambil mudah pemimpin kita dalam menangani isu kedaulatan
negara. Inilah kesempatan yang diambil oleh Singapura.
Kesan Keputuasan ICJ
Berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh
ICJ ia telah membawa satu lembaran baru dalam hubungan dua hala
Malaysia � Singapura. Dalam keadaan ini kita boleh menilai bahawa akan
wujud implikasi yang menguntung atau merugikan kedua-dua pihak. Bagi
Malaysia sesuatu yang dianggap untung ialah nelayan-nelayan kita di Johor tidak lagi tertakluk kepada rondaan tentera laut Singapura yang sebelum ini berkawal 24 jam
di perairan ketiga-tiga bentuk maritim itu. Walaupun masih tidak boleh
mendekati Pulau Batu Putih namun nelayan dan semua rakyat Malaysia kini
bebas ke Middle Rocks dan perairan sekitarnya. Dengan kata lain nelayan
kita bebas mencari rezeki dan tidak lagi dihalang dan ditekan oleh
pasukan keselamatan Singapura. Ini mencetuskan penambahan rezeki dan
meningkatkan pendapatan nelayan Johor.
Walaupun begitu kita juga harus akui bahawa kita selama ini melakukan kecuaian sehingga
menyebabkan pulau itu hilang secara rasminya. Mengapa ini berlaku? Ini
adalah kerana sejak lebih 100 tahun telah mengabaikannya. Maka kini kita
baru sedar dan mula hendak bertindak mempastikan pulau-pulau dinamakan dan dipantau.
Kita mula hendak menandakan dan menunjukkan bahawa kita adalah tuan
pada pulau-pulau yang kita abaikan. Inilah hikmah dan kesannya.
Rupa-rupanya selama ini kita memang cuai dalam menjaga kedaulatan negara
kita tetapi tidak Singapura.
Selain itu kita juga bebas menggunakan ruang udara, dasar laut, menjalankan pelbagai kajian
serta meletakkan juga kapal peronda tentera laut sekurang-kurangnya
dapat mengimbangi kehadiran pasukan peronda di situ. Selama ini kita
gagal dalam melaksanakan tanggungjawab kita. Kenapa? Ini disebabkan kita
gagal menjadi tuan. Kita gagal menegakkan kedaulatan kita di perairan
Batu Putih.
Begitu jugalah, keputusan yang ibuat ICJ juga telah menghapuskan kebimbangan
mengenai wujudnya satu lagi rejim maritim yang boleh menjejaskan
sempadan serta bidang kuasa maritim sedia ada di antara negara ini
dengan Indonesia . Melalui keputusan ini jelas apabila Middle Rocks
kekal milik kita. Ini secara tiak langsung mengurangkan
tekanan Indonesia untuk memiliki pulau itu. Harus juga diingat bahawa
jarak Middle Rock dengan Indonesia lebih hampir daripada Malaysia.
Singapura yang telah memasang peralatan komunikasi radar di Pulau Batu Putih mungkin terpaksa memikirkannya semula kerana ia memberi kesan kepada Middle Rocks yang kini telah disahkan tuannya.
Tindakan
republik itu menjalankan kawalan 24 jam di perairan ketiga-tiga bentuk
maritim itu sejak tahun 1986 dengan hasrat untuk menjadikan wilayah di
sekitar sebagai kawasan larangan kini terpaksa dihadkan kepada Pulau
Batu Putih sahaja.
, kita telah dapat mengehadkan keupayaan Singapura untuk bertindak
secara bebas dalam kawasan itu termasuk menjalankan kerja-kerja menambak
yang menjadi matlamat mereka.
Yang pasti Singapura
kini tidak lagi bersendirian di Pulau Batu Putih. Republik itu kini
mempunyai jiran yang amat rapat dan semestinya bagi menjaga kawasan
kejiranan, Malaysia dan Singapura akan bertindak memakmurkan jiran dan bukannya menyakiti jiran.
Malaysia
sepatutnya mulai mengambil langkah berhati-hati yang lebih ekstrem
dalam apa juga perkara yang dilakukan bersama Singapura. Sebagai contoh, sebarang keputusan dalam Iskandar Malaysia mesti dilalui proses berhati-hati dan telus.
Kita
sepatutnya berwaspada agar kita tidak memperlihatkan bahawa ia menjadi
kesimpulan, sebagai contoh dalam 50 tahun justeru Malaysia dan Singapura
mempunyai kedaulatan bersama dalam kawasan Iskandar Malaysia. Perkara
itu mungkin nampak terlalu jauh, namun ia mungkin boleh berlaku jika
perbincangan tertutup dan saluran pintu belakang dilakukan.
'Berdasarkan pengamatan dan kajian terhadap kedudukan South Ledge, Malaysia amat yakin akan memperoleh satu lagi bentuk maritim
menjadikan aktiviti di perairan tersebut lebih luas. ICJ dalam
keputusannya memutuskan bahawa kedudukan South Ledge hendaklah
ditentukan menerusi rundingan antara Malaysia dan Singapura bagi
menentukan di perairan negara mana ia terletak.