Wednesday, March 24, 2010

KEMAHIRAN KEPIMPINAN

Pengetahuan mengenai teknik dan kemahiran kepimpinan amat penting dalam menentukan pimpinan organisasi ialah kepimpinan yang berkesan. Oleh yang demikian untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan kemahiran-kemahiran berikut perlu ada kepada seseor¬ang pemimpin.

Antara kemahiran yang perlu bagi seseorang pemimpin ialah Kemahiran Pengurusan ataupun Pentadbiran. Robert L Katz menyenaraikan tiga aspek penting dalam kemahiran yang perlu dimahiri oleh se¬seorang pemimpin iaitu Kemahiran Konsep, Kemahiran Teknik dan Kemahiran Manusia.

Kemahiran Konsep.

Kemahiran konsep ialah kemahiran pengala¬man dan boleh menentukan keberkesanan kepimpinan. Dalam kemahiran ini seseorang pemimpin akan mempunyai kebolehan mental untuk menyelaras dan menyatukan kepentingan dan aktiviti organisasi. Ia akan menentukan bagaimana bahagian-bahagian dalam sesuatu organisasi saling bergantungan antara satu sama lain. Hal ini penting kerana pengetahuan ini akan membantu seseorang pemimpin mengawal dan menyelia serta dapat bertindak dengan pantas untuk mencari penyelesaian jika terdapat sesuatu perkara yang perlu diambil tindakan segera. Hal ini dapat menyelamatkan organisasinya daripada terancam dan dapat melihat kekesanan sesuatu faktor yang boleh menjejaskan faktor lain dalam organisasi.


Kemahiran Teknik.

Dalam kemahiran ini seseorang pemimpin akan dapat memimpin sesua¬tu organisasi dengan lebih cemerlang jika mempunyai pengetahuan berkenaan dengan teknik atau cara mengendalikan sesuatu lapangan pentadbiran. Sebagai contohnya, seseorang pempimpin dalam bidang pendidikan perlu mengetahui akan teknik dan kaedah pengajaran, psikologi pelajar serta persekitaran yang mempunyai hubungkait dengan pendidikan, pelajar dan guru. Tanpa kemahiran ini kepimpi¬nan yang ditonjolkan tidak akan dapat dijalankan dengan berkesan.

Kemahiran Manusia.
Pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran manusia atau pengeta¬huan mengenai hubungan manusia boleh memberikan kelebihan kepada seseorang pemimpin. Kelebihan ini akan dapat membantu pemimpin menentukan pembentukan pengaruh dan mengenakan kuasa ke atas pengikut dengan lebih berkesan dan berdiplomasi. Kemahiran ini juga akan membolehkan pemimpin memberikan dorongan serta memahami kehendak pengikut untuk bekerja dalam satu kumpulan. Selain itu, ia juga membolehkan pemimpin dapat diterima oleh pengikut dalam sesuatu organisasi. Hal ini akan memudahkan mereka untuk mengurus dan memimpin organiasi. Sehubungan dengan itu, kemahiran ini lebih memberikan manfaat jika para pemimpin mempunyai gaya kepim¬pinan yang baik. Begitu juga melalui kemahiran ini pemimpin boleh memanipulasi manusia untuk memimpin organisasi dengan baik. Hal ini kerana manipulasi ialah satu unsure pengaruh yang amat penting dalam organisasi. Kemahiran ini juga memerlukan penguasaan dalam aspek Teori Motivasi seperti Teori Motivasi Maslow, Porter, dan Herberg.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.